
|
Wednesday, 3 April 2013 @ 05:22 | 0 Comment [s]
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)Benda biasa bila sebulan sekali je update akan rasa kekok semacam nak menulis. Allah, macam-macam yang Allah bagi, nikmat, ujian, bercantum sekali demi nak memantangkan diri tu. Alam maya tak sama dengan alam realiti. Alam realiti lebih sibuk, lebih memerlukan khidmat diri :’) InsyaAllah, as long as saya ada masa nak menulis, saya akan menulis, sbb mungkin lepas ni entah-entah dua bulan sekali pulak update eh. 'Ramai yang takut untuk yakin diri kerana risau dikatakan berlagak. Ramai yang takut untuk menonjol kerana risau akan riya'. Begitulah permainan syaitan, gagal membawa kita direct dgn ajakan keburukan, mereka akan mematikan kemaraan kita dengan alasan-alasan kebaikan. Jangan takut dengan persepsi dan pandangan orang terhadap kita. Bukan pada kuasa mereka untuk menilai, pada Allah jualah penilaian itu. Dan kerana Allah sahajalah kita berusaha, bukan kerana manusia berkata apa' saya petik kata-kata Hilal Asyraf dalam instagram beliau. Aku percaya banyak cara dan jalan yang Allah bentangkan untuk meng-awesome-kan kita. So that, kita boleh jadi manusia yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni, well tak kan kita nak berada pada tahap itu je, zon selesa, langsung tak nak berganjak, langsung tak ada kesedaran untuk kesiankan diri sendiri yg lapar Dalam nak mengajak diri sendiri dan orang lain untuk menjadi baik, macam-macam ujian kena tempuh, fact. Bila buat baik, ada je orang tak suka, bila buat jahat lagi la orang mengata kan? Kalau kita fikir nak puaskan hati manusia semata memang sampai bila-bila kita tak akan mampu, ya, aku cuma pegang satu je, buat je apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah tak suka. Senang walaupun susah sebenarnya. :) Dan aku jugak percaya yang Allah tak akan berhenti memberi khabar gembira kepada kita kalau kita ikhlas untuk memperbaiki diri, dihantar-Nya kita sahabat yang soleh solehah, diletakkan kita dalam biah (suasana) solehah, dilembutkan hati untuk menerima nasihat daripada orang lain. Allah yang bagi ujian, dan Allah jualah yang menunjukkan jalan, guide untuk ke jalan yang benar. Setiap ujian, nikmat semua tu datang untuk mematangkan kita. rohani. Sahabat kerap kali berpesan; ujian dan nikmat saling berkaitan. Ya saling mengingatkan hal yang satu ni. Diorang ni macam bestfriend la, once kita dapat nikmat tup tup ujian datang menyapa, it’s normal. Lalui dengan matang dan tabah. Ya mungkin akan ada pahit, kita kena menangis, sometimes menderita and so on, so that kita boleh rasa kebahagiaan pada masa akan datang. Kebahagiaan, kegembiraan semua tu sometime kita kena bayar dengan air mata kan :) tak akan dapat free. Kalau hari ni semua manusia nampak kita HEBAT, diorang tak tahu yang sebenarnya kita pernah HEBAT menderita, dan Allah jualah yang Mengetahui dari A sampailah Z, dari hujung rambut hingga hujung kaki, setiap penjuru masalah yang datang, setiap inci isi hati, semua Allah tahu, takde manusia yang tahu sedetail tu, tak ada. Dan bila hari ni, kita boleh mengadu dan mengadu pada manusia, esok mungkin dia dah boring, seminggu dua boleh la tengok-tengok kita lagi, boleh lah nak nasihat itu ini, tapi lama-lama semua tu kita KENA WAJIB handle sendiri. Untuk ubah diri sendiri adalah DIRI kita sendiri. Dan sesungguhnya hanya diri kita yang faham diri kita sendiri, orang lain tak. Seriously, kalau kita beriman dengan sebenar-benar Iman, benda negative yang terjadi pun kita boleh fikir positive side lagi. Betullah hadis yang satu ni, sangat menjadi motivasi; “Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” [HR. Muslim] Hari ni, kita akan bersyukur dan berterima kasih sebab pengalaman pahit suatu masa dulu tu dah bertukar jadi something yang sangat manis at the end. Alhamdulillah. Jangan lupa sujud syukur, serahkan ketaatan kepada-Nya seluruh jiwa raga. Actually, Allah dah menjawab doa kita lebih dari apa yang kita minta. sungguh banyak. :') Allah dah bagi terlalu banyak. Allah dah bagi kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini dengan bermacam-macam cara yang kadang-kadang kita tak nampak, sangat halus. Pilihan Allah itu adalah yang terbaik, seriously! :) Di kesempatan ini, saya nak ucapkan bermillion million terima kasih kepada sahabat-sahabat sekampus saya esp semester 5 yang telah pun memberi kepercayaan dan sokongan sewaktu pilihan raya kampus yang lalu. Bermakna, tanggungjawab telah terpikul di bahu, semua benda akan jadi perhatian kalau langkah tersilap. Mohon tunjuk ajar dan nasihat. diri sendiri berharap dapat menjadi seseorang yg bermanfaat utk agama :') Dalam perjuangan, saya suka meminjam semangat al-Fatih. Usia muda namun mampu menakluk Konstantinopel. Pada usia 21 tahun dia mampu menakluk, maka kita juga hendaklah berazam untuk melakukan sesuatu untuk Islam, even sumbangannya cuma kecik. Saya bukanlah yang terbaik tapi insyaAllah sedang cuba menjadi yang terbaik :) Bismillah, bermula langkah dan tanggungjawab, bukan setakat di dalam kampus, tapi jugak masyarakat luar. Tajdid niat, moga dipermudahkan urusan. Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu. ^^ Wallahu’alam. *sorry sorry sorry kalau terpanjang, dah lama tak menulis sekali menulis haaa banyak pulak membebel -,-‘ ni buat bekalan akan datang la kiranya, tak taw bila nak update lagi taw. :’) sayang korang kerana Allah. Dr.Cinta
@ 05:19 | 0 Comment [s]
Hari-hari yang berlalu makin lama makin pantas. rasa tak terkejar dengan peredaran bumi.lewat-lewat hari yang berlalu; ketika aku mencari buku-buku di perpustakaan tapi tak aku temui ketika aku bersolat namun maknanya tidak meresap di dalam hati ketika aku bergaul bersama teman-teman tapi ukhuwah tak terasa ketika aku melaksanakan tugasan namun keikhlasan tidak muncul ketika kesibukan menyapa tak berhenti-henti sehingga amal ibadatku sedikit terganggu ketika hati sedang menahan diri untuk tidak merungut atas pelbagai ujian ketika mulut asyik mengomel tak cukup masa itu dan ini ketika malam-malam ditemani dengan air mata untuk meraih kekuatan ketika jasad merasai kesunyian dalam ramainya orang aku menemui satu keindahan bila hidup bertemankan Tuhan. ada sesetengah bahasa hanya difahami oleh orang yang memahaminya. ada sesetengah rasa hanya mampu difahami oleh mereka yang pernah mengalaminya. ada sesetengah hati mampu memahami walaupun dalam kesunyian. dan masa makin laju dan laju, pergi meninggalkan kita. meninggalkan kita dalam kebisuan. dari jauh sudut hati kita, sebenarnya kita lebih menyukai kesunyian. Kita lebih tenang dalam penderitaan, kita lebih suka dengan masalah-masalah yang mendatang. sebab apa? sebab waktu itu kita baru sedar, solat-solat kita makin khusyuk. maknanya seperti meresap ke dalam hati kita. seolah-olah kita memang berbicara dengan Allah. dan saat kita berada macam dah nyawa-nyawa ikan, masa tu kita serahkan pergantungan bulat-bulat kepada Allah. iman kita naik turun, hati pula berbolak balik. kena rajin minta dengan Allah agar diberi kekuatan dalam istiqamah. ///// ‘Hm, lepas tu macam mana nak survive lepas ni?’ ‘InsyaAllah, ramai sahabat. Allah bantu. Cuma nak bagi taw, kita ni tak ada apa-apa. kekuatan doa yang diperlukan’ ‘InsyaAllah :’)’ ‘Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Tahan diri, jangan merungut.’ ///// seakan satu peringatan setiap kali ujian datang menjenguk. still boleh berfikir positive. banyak benda yang membuatkan aku terkagum. Dan aku yang jenis tak sabar ni akhirnya rasa terdidik dengan rasa positif tu. Hilangnya sesuatu akan diganti kembali. Sepatutnya kita bersyukur hanya hilang harta, kerana kita masih tidak hilang Allah wa Rasulullah. :’) Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nyalah orang-orang yang bertawakal berserah diri"(az-Zumar 39:38) rupa-rupanya ujian-ujian kesedihan, musibah lebih membawa kita dekat dengan Tuhan. terkadang bicara-Nya lebih mudah difahami berbanding ketika kita dilimpahkan nikmat. 'Masa sedih ingat Allah, masa senang, WAJIB juga ingat Allah' tapi mostly kita lupa dan lupa kepada Dia bila kita gembira. Gembira juga satu ujian. Dan walau apa jua keadaan dan situasi yang berlaku pun, aku lebih suka mengingatkan pada diri agar tetap tersenyum sebab ribut taufan bukan selamanya, sebab selepas itu aku percaya akan datang pelangi. Dan dalam kebimbangan, selitkan keyakinan bahawa Allah itu kan Maha Mendengar? kita punya Allah dan itulah kekuatan kita. Allah je tahu............
@ 05:14 | 0 Comment [s]
Allah je tahu perasaan sayang saya dekat awak. Allah je tahu berapa banyak sayang saya dekat awak. Allah je tahu apa yang saya rasa dekat awak. Allah je tahu hati saya menangis setiap kali saya tenung awak. Allah je tahu betapa risaunya saya kalau awak dalam kesusahan. Allah je tahu betapa seronoknya saya bersama awak. Allah je tahu macam mana jujurnya saya sayang awak. Allah je tahu bertapa sedihnya saya kalau awak tinggalkan saya. Allah je tahu setiap malam saya menangis sebab rindukan awak. Allah je tahu apa perasaan saya bila saya dapat tau awak dah tak sayangkan saya satu hari nanti. Allah je tahu macam mana saya risau dekat awak. Allah je tahu bertapa ikhlas saya sayangkan awak. Allah je tahu siapa jodoh saya selepas ni jika ditakdirkan awak bukan jodoh saya. Allah je tahu dengan siapa awak lepasni kalau bukan dengan saya. Allah je tahu perasaan sedih saya masa tu. Allah je tahu siapa tulang rusuk kiri awak. Allah je tahu saya ni tulang rusuk kiri kepada 'siapa'. Allah je tahu yang saya berharap awak jodoh saya dunia akhirat. Sebab tu dah tertulis yang Allah tu Maha mengetahui. Dia tahu semua riwayat hidup kita. Kita cuma merancang. Allah yang menentukan semua. Saya redha dengan apa yang tertulis ni :') |
The Disclaimer
Navigations! The Credits! |