//Forever Imperfect
ex oh ex

Thursday 22 August 2013 @ 06:31 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum hai lisa rindu sama korangsemua baa :) rindu gila2 , lisa tak berapa on sangat btw twitter lisa , lisa bagi kat cousin so now dia yang pakai, lisa sebenarnya tak nk ingat apa yg lisa buat kat twitter tu so lisa  bagilah kat cousin lisa , siapa2yang terperasan ada cakap ni bukan twitter lisa ke? asal dia ni fake ke apa .haha tak de lah kawan2 itu cousin lisa sebanarnya harap maklum:) .. okay sebenarnya lisa ada dekat KUALA LUMPUR dekat segambut , dekat rumah cousin , lisa rindu budak2 taiping tak pe nnt lisa balik lah sana ya ? :D okay nak citerkat kl ni okay lisa kan main fb ngan cousin lepastu ex lisa add cousin lisa , lisa pun tk tahu macam mana dia boleh tak cousin lisa tu , pastu dia ada text lisa dia cakap benda yg dia tuduh lisa tu tapi lisa tak nak lah cerita apa yang dia cakap kan ? sorry lah lisa tak dapat nak balas sebab lisa tak dekredit so tak dapat lah nak text with ex btw lisa tahu awak dah berpunya kan apa eh nama dia ? lisa lupa fihfaa ? ntah lah tak ingat hehe :) .. lisa rindu gak ex nitapi nk buat macam mana byk kali dah lisa bagi peluang sekali clash okay lisarasa tak perlu teruskan :) .. tapi lisa anggap dia kawan je sekarang tak tahu lah dia kan ? benci ke apa tak tahu . lisa harap ex lisa ni bahagia dengan dia nye gf tu sampai pelamin nnt  <-- lisa ni merepek pulak :P . kay syoksendiri padahal tak de siapa nak dengar story lisa ni hee :D , btw Lisa minta maaf kat ex lisa ni sempena hari raya ni lupa pulak nak MINTA MAAF kat dia .. Maaf Kan Lisa ye :D okay itu aje lisa nak cakap Assalamualaikum ;)

Keep Calm & Wear Handsocks

@ 06:17 | 0 Comment [s]




Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers :)

***

'Aku suka tengok kau pakai handsocks. Ada sesiapa ke yang suruh kau pakai?'

'Ada. Hati yang suruh. Untuk melengkapkan lagi penutupan aurat aku. Rasanya aurat yang satu ni agak terabai penjagaannya.' Sigh

'Alhamdulillah, seronok tengok.'

Senyum.

Perasaan tu bila kita tak mengharapkan apa-apa pandangan atau komen orang, apa yang kita ada, cuma DIA. sebak.

***


Seronok tengok kawan-kawan berubah. Seronok tengok kawan-kawan dah start nak pakai sopan-sopan, menutup aurat dalam erti kata yg sebenar-benarnya.


 Pengalaman sendiri dengan handsocks ni. Masa form 1 je rajin pakai dulu. Naik form 2-5 dah otai otai sikit dah tak rajin daahh pakai. Handsock la yang paling tak rajin nak pakai actually. sebab masa tu rasa panas, rasa kalau tak pakai okay je kot, rasa konon dah tutup aurat fully covered dah, rasa malas. aaa semua ada sebelum ni
                                          .

Tapi fikir balik, pakai tudung labuh pun tak pakai handsocks macam tak berapa nak lengkap, ada something yang tak kena. kalau bawak solat pakaian tu, agak-agak okay ke tak. (rujuk tips menutup aurat- HERE) Seiring dengan masuknya new year, saya dah tetapkan matlamat, untuk berubah menjadi muslimat yang lebih baik (azam setiap hari, bulan & tahun). Istiqamah dalam membuat kebaikan, yang mana istiqamah tu bukan setakat bermaksud konsisten, tapi ia bermaksud semakin hari semakin baik. So, tengok diri sendiri sekarang, adakah kita semakin baik, atau semakin tak baik :)


Aurat lengan yang kadang-kadang kita tak perasan masa angkat-angkat barang, masa angkat tangan nak jawab soalan, ada yang kita tak perasan terselak ke apa. Sebagai langkah penjagaan yang maksimum, pakai je handsocks, sekarang pun dah banyak orang yang jual handsocks comel-comel lagi. ^^ Kepada penjual-penjual produk online mahupun offline, teruskan menjual produk muslimat. Bentangkan banyak pilihan untuk para muslimat menutup aurat dengan sempurna.


Jadikan diri kita tu tak kisah untuk berpanas-panas sekejap kat dunia ni dengan handsocks, tudung yang labuh, stokin, inner untuk tudung jarang and so on. Daripada kita 'berpanas' kat sana, takutkan :'( Slowly, insyaAllah. Muslimat patut sedar (termasuklah diri sendiri) selain dari tuntutan fesyen semasa, ada yang wajib kita capai iaitu Mardhatillah (redha Allah).
Tapi fikir balik, pakai tudung labuh pun tak pakai handsocks macam tak berapa nak lengkap, ada something yang tak kena. kalau bawak solat pakaian tu, agak-agak okay ke tak. (rujuk tips menutup aurat- HERE) Seiring dengan masuknya new year, saya dah tetapkan matlamat, untuk berubah menjadi muslimat yang lebih baik (azam setiap hari, bulan & tahun). Istiqamah dalam membuat kebaikan, yang mana istiqamah tu bukan setakat bermaksud konsisten, tapi ia bermaksud semakin hari semakin baik. So, tengok diri sendiri sekarang, adakah kita semakin baik, atau semakin tak baik :)







So, kat sini disertakan beberapa blogshop yg jual handsocks, banyak lagi sebenarnya, kalau nak tengok lagi banyak pergi kat my friend  instagram account @frhwaheeda lepastu pergi tengok instagram yang kawan saya tu follow, ada la banyak blogshop yang jual handsocks ^^
lacey handsocks from calaqisya
Cotton handsocks from muslimahclothing//TheMahabbah 
colour handsocks from El-Afza-Collections
Untuk menginspirasi kan muslimat lain yang nak keep on berubah dari yang lebih baik boleh la try baca:
  • Alkisah stokin
  • How about tudung labuh or tudung yang lebih labuh dari biasa?
  • Fesyen Trend
korang ada pengalaman tentang masa mula-mula pakai handsocks? ce cite sikit apa sebab yang membuatkan korang tergerak nak pakai ;)
p/s: aku tak suka menulis perihal cerita peribadi hatta aku sendiri pun tak suka nak tahu cerita jiwa lain, yang aku mahu, adalah membawa jiwa-jiwa yang aku sayang ke syurga, sahabat-sahabat muslimat yang tak berpeluang utk aku jumpa dan bercerita, lalu aku berkongsi di alam maya. kerna, itu matlamat aku, utk berjuang dengan mata pena. 'Asif kalau ianya tak memenuhi spesifikasi yang kamu mahu.



"Hati Yang Bersih"

Tuesday 25 June 2013 @ 01:05 | 0 Comment [s]


InsyaAllah mudah – mudahan apa yang tangan ini coretkan merupakan coretan hati yang Allah cetuskan untuk peringatan buat diri dan sahabat-sahabat.Sekadar perkongsian..dan nasihat buat diri sendiri yang dhaif ini.
Menjaga Hati..ya..orang senang cakap “jaga hati”..tapi bila kita sebut macam tu adakah kita terfikir apa itu maksud “jaga hati”?..nak jaga hati tak semudah kita menyebutnya..”jaga hati”.Hati yang bersih lahir dari jiwa yang tunduk , luluh , patuh , dan taat kepada Tuannya.Macam tu ke hati kita?..Allah..jauh lagi diri ni..Nak jaga hati,kita kena kuat.kuat dalam bermujahadah.dan juga jaga akhlak.hiasi diri dengan akhlak yang baik dan menyenangkan..titipkan dalam doa kita “ya Allah , hiasilah diri ini dengan akhlak RasulMu”...ya..jaga akhlak kita..jauhi akhlak yang kasar,tak sopan,dan berlebih lebihan.
Antara faktor lain ialah siapa sahabat kita.tapi tunggu dulu ... tanya diri kita terlebih dahulu..siapa kita kepada org lain/kawan-kawan/sahabat kita.. Nak dapat sahabat yang baik,kita kena jadi baik dulu...jangan mengeluh bila kita rasa kita tak jumpa sahabat yang baik untuk kita.mungkin dia tak ada kt situ.sabarlah...nanti akan jumpa juga bila dia ada di situ.klau dia tak ada kt situ,bermakna dia ada kt tempat lain.=) faham x?..fikir-fikirkan ye..
Tak salah jika kita cemburu .. tapi kena bertempat.Jika cemburu tu membawa kebaikan pada diri kita , insyaAllah akan buat diri kita terinspirasi untuk jadi lebih baik..xpe..Kita bukan nak buat jahat kt dia.kita bukan nak benci dia kan?jangan mudah terpengaruh dgn syaitan..syaitan tu licik ye sahabat..bersihkan hati kita..yang penting jangan buat baik sebab nak org puji , sebab nak org pandang.Tak boleh macam tu.Tak baik.Kalau hati kita macam tu,bimbang itu penyebab kita cemburukan kebaikan org lain sebab kita nak dapat pandangan org lain.Baiki Hati.Setting-setting niat.Renovate balik hati.



"Kawan" je ke....

@ 01:02 | 0 Comment [s]

Bismillah..
Coretan ini hanya sekadar ruangan untuk muhasabah diri..InsyaAllah sekadar perkongsian dari saya buat diri sendiri dan juga sahabat..

Ya Allah..di saat ini aku terfikir..
apakah pandangan Engkau terhadapku..
Aku keliru..
keliru dengan situasi kami..
Adakah kami benar..
IKHTILAT..
THIQAH..
Allah..rasa bersalah hati ini..
hati cuba membenarkan dengan berkata..
"kami hanya kawan"..jika benar kawan kenapa perlu selalu berhubungan..
jika tidak..hati rindu..
"kami hanya kawan"..jika benar hanya kawan,kenapa perlu risau,bimbang..
"kami hanya kwan biasa"..jika benar,kenapa ketepikan ikhtilat?
Allah..Allah..Allah..Semuanya diselindungkan dengan "kami hanya berkawan"
sedangkan diri sendiri tahu..
Bisikan sinis berkata " Jangan nak fikir complicated sangat la..kawan je pun so kenapa nak fikir sampai mcm ni..come on la"..
Iman menjawab "YA.aku harus fikir benda2 mcm ni sebab aku nak jaga hati dan iman"


***********************************************
Ya ALLAH... aku lebih suka jika hubungan ini halal..jika dia halal untuk aku..
Jika benar ini fitrah..Kau berikanlah kekuatan untuk aku menghadapinya dengan baik..
dengan cara yang diredhaiMU..
X mampu untuk menolak semua ini...

******************************************

Assalamualaikum..mesti ada yang fikir saya dah jatuh cinta kan? Ermm.. Bukan.. Ini sekadar perkongsian..
Terkadang kita tak sedar semua ni..Kalau berkawan tapi tak melibatkan perasaan .. itu no hal..tapi jaga batasnya...Tapi yg berkawan dan melibatkan perasaan ni mcm mana plk? Ermmm.. bagi saya no hal juga...cuma jagalah hati , diri , dan batas batasnya..jangan sampai hanyut.. Kalau boleh jangan tunggu lama lama nanti hubungan tak terjaga..

Post ni di tujukan untuk sahabat saya juga ... InsyaAllah sama sama baiki diri..
WALLAHUA'LAM..

Dari Sahabat kepada Sahabat..

@ 01:01 | 0 Comment [s]

Bismillah…InsyaAllah..Sekadar Perkongsian..
Puisi ni adalah puisi yang sahabat dunia akhirat ana coretkan buat ana.Semua surat sahabat yang ana terima ana masih simpan..
Memandangkan dah lama x update blog…jadi hari ni rasa macam nak updated je..kebetulan hati tengah rindu kt sahabat…ini dia puisinya….

PENAKLUKAN HAKIKI

Adakah penaklukan itu hanya ke atas yang lemah sahaja?
Tidak! ! Tidak sama sekali..
Penaklukan itu tak semestinya untuk yang kalah mati..
Kerana hati yang ditakluki..
Cinta Yang Maha Agung..
Kan tetap menang..
Kan tetap tenang..
Kan terus merasa senang..
Biar badai ombak menghempas..
Dia tak kan pernah hanyut lemas..
Kerana hatinya mahir merenangi..
Lautan kehidupan ini..
Berbekalkan kompas wahyu Allah
Hanya Dia penakluk hakiki..
Dan….Penakluk hati ini…
Nukilan : Nur Lisa Hanis Handri 25 june 2013
Kepada: Nur Athilah

Bicara Hati, tiada siapa yang tahu.....

Sunday 23 June 2013 @ 19:42 | 0 Comment [s]

Bismillah......

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang boleh menyelami berapa dalamnya dan apa yang terbuku pada hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum adakah dia benar-benar bahagia? apabila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah itu tafsiran yang boleh kita andaikan?? Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti ,bahkan kita sendiri, kadang-kadang tidak boleh memahami apa yang ada di dalam hati....


Apa yang terzahir di luar belum tentu itu tercermin di dalam hati, bukan bererti munafik tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu, bila kita bahagia tidak perlu kita perlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain, ketika kita bersedih tidak perlu mereka mengetahui betapa sakitnya atau beratnya musibah yang menimpa kita sehingga membuatkan kita bersedih. Begitu juga ketika hati kita merasa sakit, jangan sampai orang lain juga terkena tempiasnya disebabkan kesakitan hati kita itu. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu dan tempat kita berserah diri. "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."


Mungkin pada Saat ini, ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat. Dan di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, seoalah-olah dia sedang mempersiapkan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya. Maka disini kita dapat membayangkan bagaimana hatinya dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan amat suka cita. Tetapi sebaliknya, ada juga hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagian yang dirasakan olehnya. Siapa yang tahu didalam keadaan orang yang bahagia ada dalam kalangan mereka yang berbisik dihatinya......" Tahukah dia bahawa hati saya sakit di saat dia merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa saya ingin menangis, ketika dia tersenyum dan tertawa?" tiada siapa yang tahu...... kita pun tidak tahu...



Dalam hatinya tiada siapa yang tahu? senyumannya masih ada, tawanya kadang-kadang masih terlihat dan gurau senda itu juga masih dia berikan kepada setiap orang yang dekat denganya, tidak ada sesiapapun yang tahu bahawa di sebalik apa yang kita lihat dari raut wajah & tingkahlakunya yang sebenarnya dia sedang terluka, kemungkinan pada saat itu dia ingin menangis ,Namun tiada sesiapapun yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahu bagaimana keadaan diri dan hatinya pada waktu itu, hanya Allah tempat dia mengembalikan semua rasa di dalam hatinya, hanya Allah pengubat sakit & lara hatinya itu..



Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibirnya, menggetarkan hati yang ingin kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak matanya dengan pengharapan setelah ini semuanya akan menjadi lebih baik. Seperti halnya sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

Muslimat Talk: Baitul Harakah

Saturday 15 June 2013 @ 02:21 | 0 Comment [s]



Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)



Aku pernah punyai hasrat untuk pernikahan mewah, dengan jemputan mencecah ribuan, pakaian perkahwinan tajaan pereka terkenal, dengan details indah pada busana, dengan konsep perkahwinan dalam taman atau di hotel-hotel mewah. kaca mata aku dahulu saat aku lihat kegembiraan pengantin pada majlis mewah mereka. senyuman penuh kebahagiaan dan aku tafsirkan majlis sebegitu merupakan sebahagian dari senyuman mereka.


namun, waktu berlalu dan apabila tanpa sedar ada sesuatu yang mematangkan aku. aku tak perlukan kebahagiaan untuk spend ribuan atau jutaan wang untuk majlis yang cuma sehari, sewajarnya aku spend more untuk hari-hari selepasnya, sewaktu melayari bahtera perkahwinan.




Aku tahu, most of perempuan mahukan kenangan indah pada majlis pernikahan mereka, nak kan sweet moments pada hari bahagia mereka. dan dengan itu kami rancak mahukan itu dan ini untuk memastikan momen-momen cinta itu indah.


seperkara yang aku sedar ialah; perkahwinan bukan semata menyatukan dua insan yang menyayangi antara satu sama lain, menghalalkan apa yang sebelumnya haram, boleh bergurau senda dan duduk bersama dengan pasangan, ianya lebih dari itu.


Baitul muslim merupakan satu wasilah dalam penyebaran dakwah, hidup saling melengkapi untuk Agama, juga sebagai wasilah untuk menambahkan kecintaan kepada Allah. And the most important is, baitul muslim bukan sekadar baitul muslim. Ada tingkat lebih tinggi yang aku ingin capai, baitul harakah, di mana sesebuah keluarga itu saling bantu-membantu dalam kerja dakwah Islamiyah.


Yusuf al-Qardhawi pun menggariskan marhalah yang perlu dilalui untuk mengamalkan syariat Islam secara penuh hingga membentuk kepada satu pemerintahan Islam iaitu: (so for those yang belum tahu boleh take note)

1. Mengislah diri sendiri atau membentuk individu Muslim (Fardun Muslim)
2. Membentuk rumahtangga Islam (Takwin Baitul Muslim)
3. Membentuk masyarakat yang memahami Islam (Takwin Mujtama’ Islam)
4. Mendirikan daulah Islamiah
 5. Akhirnya mewujudkan kembali Khilafah Islamiah


"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca al-Quran bersama-sama, namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?"

"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional, negeri dan kawasan, bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru al-Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik al-Quran

Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program-program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka." [sumber]


Allah, cukup indah bila kita dapat bertemu dengan muslimin yang memahami semua ini. Dapat saling melengkapi dengan apa adanya; kelebihan dan kekurangan,dapat saling berbakti untuk Islam. Dapat menyumbangkan sesuatu buat ummah. itu definisi cinta sebenarnya, saling menguatkan dalam Agama :')


Older Post
The Disclaimer

Assalamualaikum guys nama saya Nur Lisa Hanis Handri .Mix.15.Kl,Joho,Taiping,Perak,And belanda . Twitter:HanisSaZizA .Facebook :https://www.facebook.com/nurlisahanis Abdul


Navigations!

Diary About Stuff Site


The Credits!

Template by : Hanis Hanis
Basecode by : Hanis
Full Edited : Hanis

Best View at GOOGLE CHROME!